Share It

Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Translate

Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NuffNang

Monday, September 13, 2010

Watie Bakal Kahwin Lepas Raya




Selepas enam tahun menanti, Watie akan menamatkan zaman jandanya dengan pelakon lelaki yang hanya didedahkan sebagai 'Abang Z'.

Dalam diam-diam, rupa-rupanya Watie yang juga bekas anggota kumpulan Elite sedang dilamun cinta. Malah ketika ditemui di majlis berbuka puasa anjuran majalah Media Hiburan di Serambi Pak Engku, Shah Alam baru-baru ini, dia mengakui bakal mengakhiri zaman jandanya tidak lama lagi.

"Saya mahu berterus terang di sini bahawa saya memang sedang menjalinkan hubungan istimewa dengan seseorang. Namun saya belum bersedia untuk mendedahkan siapa kerana takut apa yang dirancang tidak menjadi.

"Jalan terbaik, apabila sudah tiba tarikh kami berdua disatukan, saya akan bertemu pihak media dan mendedahkan siapakah bakal suami saya," katanya yang lebih senang memperkenalkan lelaki idamannya itu sebagai 'Abang Z'.

Tambahnya dia baru beberapa bulan 'berkawan' rapat dengan lelaki tersebut. Namun masa bukanlah pengukur kekuatan cinta yang terjalin. Katanya dia lebih senang mengakhiri hubungan yang terjalin dengan ikatan perkahwinan, lantaran keluarga kedua-dua belah pihak telahpun merestui hubungan mereka.

"Kalau nak diikutkan kami berdua memang baru berkawan. Tetapi benda baik buat apa nak tunggu lama-lama. Pada mulanya kami merancang untuk berkahwin pada bulan puasa ini. Tetapi kebetulan kami berdua masing-masing sibuk dengan kerjaya seni.

"Jadi kami terpaksa menangguhkan rancangan tersebut sehingga selepas Aidilfitri. Cuma kalau boleh biarlah kami disatukan pada tahun ini juga kerana selepas enam tahun bergelar janda, sudah tiba masanya kekosongan hati saya diisi oleh seseorang," jelas Watie atau nama sebenarnya Norwatie Sadeli.

Diminta bercerita mengenai teman lelakinya itu, Watie sambil tersenyum mendedahkan bahawa lelaki yang sedang bertakhta di hatinya merupakan seorang pelakon berusia 37 tahun dan berstatus duda tanpa anak. Katanya kalau dia memberitahu nama lelaki tersebut, sudah pasti semua orang mengenalinya kerana dia seorang pelakon yang agak popular.

"Itulah sebabnya saya tak mahu bising mengenai perkara ini. Lagipun kalau boleh, biarlah perkahwinan saya kali ini dibuat dalam suasana yang meriah. Saya juga mahu merasa bersanding dan diraikan oleh rakan-rakan serta peminat.

"Saya yakin untuk hidup bersamanya kerana dia dapat menerima diri saya dan anak saya seadanya. Anak saya juga menyayanginya dan memanggilnya dengan panggilan 'daddy'," jelas Watie yang dilahirkan pada 21 April 1976 itu ceria.

Wanita yang pernah membintangi teater 'Si Tanggang', 'Mak Yong', 'Tun Fatimah' dan 'Taming Sari' itu juga sempat memberitahu bahawa jika diizinkan Allah, dia akan berhari raya bersama keluarga bakal mertuanya tidak lama lagi. Katanya dia mahu mengambil kesempatan sempena cuti Hari Raya untuk berkenalan dengan keluarga serta sanak saudara bakal suaminya yang berasal dari Johor Bahru itu.


sumber : www.gua.com.my

No comments:

Post a Comment