Akhirnya, seperti yang digembar-gemburkan dan menjadi teki-teki sejak lebih sebulan lalu, pihak pengurusan program 'Melodi' mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyatakan bahawa bermula Jun ini, program tersebut akan dikendalikan oleh seorang pengacara baru iaitu Awal Ashaari. Awal akan mengacarakan Melodi bersama hos lama mereka, Zizan Razak.
Hal tersebut berlaku selepas Dira yang membuat keputusan untuk mengundur diri.
Pemilihan Awal sekali gus menamatkan spekulasi tentang siapa hos yang akan mengisi posisi hos wanita Melodi sebelum ini, Dira Abu Zahar. Khidmat Dira sebagai hos program tersebut 'tergantung' selepas dia didakwa terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah kelab malam terkenal di ibu kota sekitar bulan April lalu. Sejak Dira tidak muncul mengacara program tersebut, Awal dilihat telah mula menggantikan kekosongan tersebut.
Melalui kenyataan rasmi tersebut, penerbit 'Melodi', Azman Abd Gafar menjelaskan: “Selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan. Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan.
"Kami juga percaya setiap pengacara dianugerahkan dengan bakat yang berbeza dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Awal mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton," ujarnya.
Pihak penerbitan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dira Abu Zahar yang yang dianggap begitu komited sepanjang setahun berkhidmat dengan mereka. "Kami menghormati keputusannya yang ingin melanjutkan pelajaran dan memberi fokus terhadap perniagaannya," ujar Azman lagi.
Hai, memang rezeki pengantin baru. Tahniah Awal. Bagaimanapun Awal tidak dapat dihubungi kerana sedang berada di New York, menhabiskan bulan madu bersama isterinya, Scha Al-Yahya dan hanya akan pulang ke ibu kota pada hujung bulan ini sebelum memulakan tugas mengacara program tersebut.
Sementara itu, Dira turut mengucapkan tahniah buat Awal dan memberitahu keputusan yang diambil untuk meninggalkan Melodi bukan kerana kontroversi yang menghambat dirinya.
"Ia tak ada kena-mengena dengan kontroversi sebelum ini. Saya mahu memberi tumpuan terhadap perniagaan dan menyambung pelajaran," katanya.
sumber yahoo.com
Showing posts with label artis dan anugerah. Show all posts
Showing posts with label artis dan anugerah. Show all posts
Wednesday, May 23, 2012
Wednesday, May 16, 2012
Fasha Sandha & Eira Syazira bakal bergelar ibu
16 Mei – Dua aktres yang tidak lagi asing dalam dunia drama televisyen tempatan, Fasha Sandha dan Eira Syazira apabila mereka merupakan insan paling gembira setelah kedua-dua aktres ini disahkan mengandung.
Menurut laporan Utusan Malaysia, aktres Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan yang baru sahaja bergelar isteri kepada Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada 28 April yang lalu di Hotel Crowne Plaza mengesahkan dia kini hamil lebih kurang seminggu.
Wanita berusia 28 tahun ini mengumumkan berita gembira itu melalui akaun Twitter peribadinya Isnin lalu.
"Rezeki daripada Allah yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur, Alhamdulillah,"katanya.
Ujar Fasha lagi, suaminya nyata terkejut di masa yang sama teruja dengan berita tersebut.
"Saya sebenarnya tidak tahu mengenai perkara ini sehinggalah saya pergi untuk membuat pemeriksaan sendiri di hospital Ampang bersama pembantu peribadi, ketika menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan air kencing saya positif, usia kandungan saya baru berusia seminggu lebih."
"Ini adalah impian bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, kami berdua memang mahu memiliki anak secepat mungkin, ini saya kira hadiah yang paling bermakna untuk saya sebagai isteri dan suami."
Sementara itu, seorang lagi pelakon Eira Syazira juga telah memberitahu bahawa dia kini hamil anak pertamanya hasil perkahwinan bersama pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang berkahwin pada 16 September tahun lalu dimana perkahwinan tersebut diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya.
Eira mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman rasmi facebook miliknya. Kegembiraan ini turut dikongsi suami yang dikatakan melompat kerana teruja dengan berita tersebut.
"Alhamdullilah, saya akan menjadi ibu tidak lama lagi! Syukur kepada Allah diatas kandungan ini. Hadiah yang paling bermakna di Hari Ibu. Selamat Hari Ibu untuk saya, dan yang penting, suamiku melompat di depan doktor apabila mendapat tahu saya mengandung, Alhamdullilah." Ujar Eira.
Monday, May 14, 2012
Siti Sarah kurang berkeyakinan untuk menyanyi selepas bersalin
12 Mei – Sejak menjadi ibu kepada cahaya mata pertamanya Uwais Alqarni pada Disember tahun lalu hasil perkahwinannya dengan Shuib (Sepah), hidup Siti Sarah kini kian berubah. Menurutnya dia kini kurang keyakinan untuk merakamkan lagu terbaru.
"Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menyanyi walaupun bakal muncul dengan 'single' lagu terbaru yang masih lagi sedang dalam pembikinan oleh komposer Aidit Alfian."
Memetik dari mStar, sebab utama dia kurang yakin adalah disebabkan oleh kesan pembedahan yang dilakukannya ketika melahirkan anaknya.
"Memang saya rasa vokal kurang mantap. Sukar untuk saya gambarkan bagaimana rasanya ketika merakamkan suara, tak macam dulu. Perut saya seperti berangin saja.
"Walaupun orang kata menjadi perkara normal untuk seorang wanita yang lepas bersalin, salah tanggapan itu kerana vokal yang bagus mampu bertahan sehingga usia 63 tahun jika tahu teknik penjagaannya," katanya.
Sarah berharap agar vokalnya akan kembali mantap seperti sedia kala sebelum merakamkan lagu tersebut.
Sementara itu, Sarah berkata dia kini sangat bahagia dan seronok menjaga anak kecilnya bersama suami tersayang.
"Setiap kali melihat wajah Uwais, saya rasa bersyukur sangat kerana memilikinya. Walaupun masih kecil lagi, dia sudah pandai mengambil hati saya dan Shuib.
"Selamatlah, dia tidak banyak ragam apabila saya dan Shuib sibuk bekerja, tetapi apabila dia bersama saya, bukan main lagi dia nakkan perhatian," kata pelakon filem Man Sewel Datang KL.
source yahoo.com
Thursday, April 21, 2011
Lisa Surihani




Biodata Lisa Surihani
NAMA PENUH: Lisa Surihani Mohamed
USIA: 25
TARIKH LAHIR: 23 Mac 1986
STATUS: Bujang
ASAL: Kuala Lumpur
KELUARGA: Anak keempat daripada lima beradik
PENDIDIKAN: Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian) dari University of Aberystwyth, Wales, United Kingdom
FILEM: Good Bye Boys, I'm Not Single, Jangan Pandang Belakang Congkak, V3: Samseng Jalanan, Semerah Cinta Stiletto, Zoo, Lagenda Budak Setan, Kapoww!!, Jangan Pandang Belakang Congkak 2, Ombak Rindu dan Sekali Lagi
DRAMA: Obsesi, 3 Janda, Mataku Nampak Hantu, Ponti Anak Remaja, Mentua vs Menantu 2, Azan dan Tudung Ekspres
DUTA: Garnier, Lipice
source gambarpics.co.cc
Thursday, April 7, 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)







