Share It

Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Translate

Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NuffNang

Showing posts with label artis dan cerita. Show all posts
Showing posts with label artis dan cerita. Show all posts

Sunday, June 10, 2012

"Lambat Sehari Maut Menanti" - Almy Nadia



6 Mei – Pelakon Almy Nadia bernasib baik kerana terselamat daripada penyakit apendiks tahap kritikal yang boleh meragut nyawanya.
"Penyakit apendiks itu sudah bernanah dan jika tidak dirawat dalam masa yang cepat ia akan menyebabkan jangkitan dan ada kemungkinan boleh membawa maut," ujar Almy yang mengalami kesakitan pada bahagian perut secara tiba-tiba pada 23 Mei lalu sehingga ditahan di wad Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) untuk pembedahan segera.
Menurut Almy, semuanya berlaku apabila dia secara tiba-tiba mengalami sakit perut yang teruk sehinggalah dia dikejarkan ke KJMC. Selepas pemeriksaan, doktor mendapati apendiks Almy sudah bernanah teruk.
"Saya juga berada di ambang maut kerana apendiks itu hampir pecah.Jika saya lewat sehari ke hospital pastinya maut menanti.
"Mujurlah semuanya sudah selamat dan kini saya beransur sembuh selepas hampir dua minggu pembedahan," ujarnya yang dipetik dari laman mStar Online.
Almy yang kini sedang menjalani proses berpantang selama tiga minggu turut menekankan aspek pemakanan selain perlu berhati-hati dengan pergerakannya memandangkan luka pembedahan agak teruk.
"Buat masa ini, saya berpantang daripada mengambil makanan pedas dan hanya memilih makanan berkhasiat. Paling penting, pergerakan harus dikawal lebih-lebih lagi orang seperti saya ini yang tidak reti duduk diam. "Pembedahan itu memang sakit dan buat saya trauma, tetapi kini ia beransur pulih. Walau sakit dan sukar mana sekalipun saya perlu meneruskan kerja kerana saya anak sulung yang perlu menyara keluarga di kampung," jelas Almy lagi.
Malah pelakon 'Edisi Khas 2012' ini menganggap segala musibah demi musibah yang menimpa dirinya sejak tahun lalu seperti sakit misteri, patah jari kaki, dugaan dalam percintaannya bersama pelakon Fizz Fairuz dan kini apendiks, disifatkannya sebagai satu dugaan Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecilnya selama ini.
Terbaru, Almy kini kembali bekerja dan baru saja memulakan penggambaran telefilem Hari Raya berjudul "Sebelum Raya" arahan Zulkifli M Said untuk tayangan di sebuah saluran televisyen.

Tuesday, May 22, 2012

Nabila Huda gembira hidup sebagai ibu tunggal



21 Mei – Aktres popular, Nabila Huda Suhaimi memberitahu hidupnya kini lebih gembira sebagai seorang ibu tunggal sejak menfailkan perceraian hampir 10 bulan yang lalu.
Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 2 tahun, Keisha Lalila, berkata dia tidak langsung berasa tertekan atau terganggu dengan statusnya sebagai ibu tunggal pada usia muda.
"Saya gembira dengan kehidupan saya sebagai ibu tunggal. Walaupun perasaan sedih itu kadang-kadang datang, saya bersyukur kerana anak saya sentiasa bersama, malah kesibukan kerja saya juga membantu saya dalam mengatasi kesedihan itu.
"Buat masa sekarang, rasanya sangat susah untuk saya berenggang dengan Keisha kerana perasaan rindu akan cepat menyusup. Jadi saya akan bawa anak saya bersama ke lokasi penggambaran tidak kira di mana sekali pun,"katanya.
Pada Ogos tahun lalu, anak perempuan kepada lagenda rock tanah air Amy Search, telah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas 3 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri berikutan tiada persefahaman.
Menurut Nabila lagi, buat masa sekarang ini dia tidak terfikir lagi untuk mencari pengganti kerana baginya anak dan kerjayanya adalah paling utama ketika ini.
"Saya tidak serik atau trauma dengan kegagalan perkahwinan saya, tapi mencari pengganti bukanlah misi utama saya pada waktu ini,"jawabnya ketika ditanya tidakkah dia merancang untuk mencari pengganti.
Dalam perkembangan lain, Nabila baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri "Nikallaya" di selatan Thailand baru-baru ini dan bakal muncul dalam filem terbarunya iaitu "Jalan Kembali : Bohsia 2" pada 7 Jun ini.
sumber yahoo.com

Zizan Razak nafi hidap penyakit misteri

21 Mei – Walaupun sebelum ini pihak kepada pengacara "Melodi", Zizan Razak memberi penjelasan bahawa dia mengalami keradangan otot selepas dimasukkan ke wad beberapa hari, penjelasan tersebut tidak memuaskan hati beberapa pihak lalu muncul khabar angin bahawa dia menghidap penyakit misteri. Namun perkara tersebut dinafikan oleh Zizan walaupun turut berasa pelik dengan spekulasi yang dibuat oleh sesetengah pihak. "Saya berasa tidak sedap badan lalu memandu sendiri ke hospital. Doktor ada membuat pemeriksaan jantung dan beberapa organ lain tetapi tiada sebarang masalah. "Hasil pemeriksaan mengesahkan bahawa saya tidak cukup berat. Saya juga turut mempunyai surat pengesahan tersebut daripada doktor," ujar pemegang trofi Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) ketika ditemui selepas tamat majlis tayangan media filem "Bohsia 2: Jalan Kembali". "Walaupun saya berasa pelik, saya menganggap orang mengambil berat. Saya tidak ada sebarang masalah. Saya telah menjawab spekulasi tersebut dan berharap perkara sedemikian dapat dijauhkan. "Saya tidak bercakap perkara (penyakit misteri) itu tidak wujud. Cuma kita sendiri tahu bagaimana kita ingin mengelak ia berlaku iaitu dengan bacaan ayat Al-Quran," jelas pengacara dan pelakon berusia 28 tahun ini lagi. Mengulas tentang filem terbarunya, "Bohsia 2: Jalan Kembali", Zizan akui masih baru dalam industri perfileman dan perlu mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman bagi memantapkan mutu lakonannya pada masa akan datang. Filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan turut dibintangi oleh Nabila Huda, Salina Saibi, Sofi Jikan dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 7 Jun akan datang. Sumber yahoo.com