Share It

Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Translate

Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NuffNang

Showing posts with label artis dan jenayah. Show all posts
Showing posts with label artis dan jenayah. Show all posts

Wednesday, April 13, 2011

Ameng Spring Kena Hukuman Penjara 8 Tahun dan 10 Sebatan



MELAKA: Penyanyi kumpulan Spring, Wan Aminuddin Wan Ismail atau lebih dikenali sebagai Ameng, dihukum penjara lapan tahun dan dikenakan 10 sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, Selasa kerana kesalahan dadah.

Hakim Abu Bakar Katar menjatuhkan hukuman itu selepas Ameng, 42, mengaku bersalah terhadap kesemua tiga pertuduhan yang dikenakan terhadapnya.

Ameng, didakwa bersama-sama isterinya Sabariah Zakaria, 41, bagi pertuduhan pindaan pertama dan kedua. Sabariah yang mengaku tidak bersalah kemudiannya dibebaskan selepas pihak pendakwaan menarik balik kedua-dua pertuduhan terhadapnya.

Bagi pertuduhan pindaan pertama, Ameng dihukum penjara lapan tahun dan 10 sebatan selepas mengaku bersalah memiliki kanabis seberat 105.90 gram dalam sebuah bilik hotel di Jalan Melaka Raya 3, Taman Melaka Raya, Bandar Hilir di sini pada 5.20 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 6, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39A (2), Akta yang sama dan dibacakan bersama di bawah Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara seumur hidup atau penjara tidak kurang dari lima tahun dan sebatan tidak kurang dari 10 sebatan.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Ameng dihukum penjara dua tahun setelah mengaku bersalah pada waktu, tempat dan tarikh yang sama, memiliki dadah methamphetamine seberat 0.22 gram.

Dia didakwa mengikut Seksyen 12, Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 12 (3), akta yang sama dan dibaca bersama mengikut Seksyen 34 Kanun Keseksaan, yang membawa denda tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Bagi satu lagi pertuduhan, Ameng dihukum penjara satu tahun dengan dua tahun pengawasan polis selepas dia mengaku bersalah melakukan pemberian diri sendiri dadah jenis methamphetamin, di pejabat siasatan jenayah narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Melaka Tengah di sini, pada 6 petang 1 Februari lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 (pindaan 2003) dan boleh dihukum mengikut Seksyen 15(1)(b) akta yang sama dan dibaca bersama Seksyen 38b akta sama, yang membawa hukuman denda tidak lebih RM5,000 atau penjara tidak lebih dua tahun dan dua tahun pengawasan.

Hakim Abu Bakar memerintahkan hukuman penjara bagi tiga pertuduhan tersebut berjalan serentak bermula tarikh dia ditangkap pada 1 Feb lepas, bermakna Ameng menjalani hukuman penjara sebanyak lapan tahun dan 10 sebatan serta dua tahun pengawasan oleh polis.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian, sepasukan anggota polis yang menyerbu bilik hotel berkenaan dan menjumpai sebuah beg hitam di bawah sofa dan Ameng sedang duduk bersila di lantai berhadapan kerusi itu.

Apabila beg itu dibuka, terdapat satu beg kertas yang telah terkoyak dan di dalamnya terdapat bungkusan plastik berwarna biru lut sinar mengandungi ketulan daun mampat dipercayai ganja.

Semasa serbuan itu, isteri Ameng dan seorang kanak-kanak lelaki, dipecayai anak mereka, turut berada dalam bilik itu.Terdahulu dalam merayu agar dikenakan hukuman yang ringan, peguam Azrul Zulkifli Stork, yang mewakili Ameng, berkata penyanyi itu menyesal atas perbuatannya dan berjanji tidak mengulangi kesalahan itu.

Timbalan Pendakwa Raya, Iffa Sirrhu Samsudin, berkata sebagai seorang yang dikenali umum terutama golongan remaja, kesalahan seperti itu memberi impak tidak baik kepada golongan tersebut.

Beliau memohon mahkamah mengenakan hukuman yang berat agar menjadi pengajaran kepada tertuduh dan juga masyarakat supaya tidak terjebak dengan dadah yang memusnahkan kehidupan. -BERNAMA

Wednesday, September 22, 2010

Kemungkaran filem Melayu


ADAKAH Remp-It filem sosial muda-mudi yang mempunyai elemen pengajaran di dalamnya juga boleh dianggap sebuah
filem Islam?


FILEM merupakan suatu medium yang mempunyai pelbagai genre seperti drama, romantik, komedi, aksi dan seram yang bertujuan memberi pilihan kepada para penonton.

Bukan setakat hiburan, filem adakalanya turut memainkan peranan sebagai alat propaganda politik dan bersifat keislaman dalam usaha untuk menyebarkan dakwah agama ini.

Filem berunsur Islam boleh diselitkan sebagai satu lagi genre dan ia semakin mendapat perhatian para pembikin filem dan penonton walau di mana-mana juga sejak akhir-akhir ini.

Bagaimanapun, ramai yang masih keliru mahupun berselisih pendapat berhubung definisi filem Islam.

Dalam konteks bidang perfileman di negara ini, para peminat telah disajikan dengan beberapa filem yang dikatakan boleh dikategorikan sebagai Islam sejak era tahun 1950-an lagi.

Sebagai contohnya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah mengarah dan membintangi filem Semerah Padi pada 1956 yang memaparkan elemen-elemen ajaran Islam di dalamnya.

Adegan filem itu antara lain memaparkan adanya elemen ajaran Islam yang mengenakan hukuman sula terhadap pasangan yang sudah berkahwin tetapi melakukan perzinaan.

Perkara itu membuktikan bahawa sejak dunia perfileman Melayu mula bertapak di Singapura pada awal tahun 1940-an sudah ada pengaruh Islam di dalamnya.

Namun ramai yang terus memperkatakan kesyumulan ajaran Islam yang cuba diterapkan dalam filem genre ini kerana ia dikatakan belum 100 peratus menepati kriterianya.

sumber: utusan malaysia

Badrul Muhayat: Lagi Kes Tendang Isteri?



KL, 21 SEPTEMBER 2010: Belum pun reda kes tuntutan cerai dan keganasan antara pelakon kacak Badrul Muhayat, 42 bersama isterinya Julia Daud,29, Murai Batu difahamkan pelakon popular itu sekali lagi didakwa telah memukul isterinya baru-baru ini.

Kali ini, Badrul didakwa telah naik berang apabila isterinya itu meminta dia menurunkan tandatangan di atas surat permohonan cerai yang mengakibatkan dia menendang wanita berkenaan di bahagian pinggang.

Angkara perbuatannya, kes berkenaan telah menjadi bahan siasatan polis mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan dan polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut.

Menurut sumber polis, ketika itu isterinya meminta Badrul menurunkan tandatangan surat yang mengatakan bersetuju untuk bercerai secara baik sebelum suaminya itu memarahi dan berlaku pertengkaran antara mereka.

Baca lagi klik Sini.

sumber: murai.com.my


Tuesday, September 14, 2010

Kes Bunuh Sosilawati

Panas: Wajah Sebenar "Dua Suspek Utama" Kes Bunuh Sosilawati Terbongkar, Soalnya Kenapa Identiti Mereka Semua Masih Dirahsiakannya !!

Sudah beberapa hari suspek utama kes pemunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dijejaki. Malah, suspek yang dipercayai merupakan seorang "Peguam yang bergelar Doktor", adiknya serta enam yang lain telah pun dikenalpasti. Biar pun ia masih belum "disahkan", namun umum mengetahui bahawa kesemua suspek bukanlah berbangsa Melayu sebaliknya India. Tambahan mula terdapat banyak laman blog yang menyiarkan wajah sebenar suspek ketika ditahan oleh pihak polis. Anehnya, media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia masih "berselera" untuk merahsiakan identiti suspek kepada umum. Kenapa ini berlaku?. Apakah dek kerana suspek mempunyai hubungan cukup rapat dengan kepimpinan UMNO BN Selangor, maka identiti beliau yang sebenarnya perlu dirahsiakan. Sedangkan, dalam kes-kes sebelum ini setiap suspek yang berjaya diberkas pasti akan didedahkan identitinya oleh pihak terbabit. Malah, mereka masih gemar membuat rakyat tertanya-tanya dalam setiap kenyataan yang dibuat. Antaranya, masih menggunakan "suspek yang dikehendaki" tanpa memberitahu identiti sebenar. Malah dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, jelas mengatakan "Empat suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sejak 30 Ogos lalu. Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat. Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut", lapor muka depan akhbar arus perdana terbabit. Soalnya, kenapa mahu dirahsia sedangkan maklumat tentang suspek sudah pun dibocorkan.

baca selanjutnya klik sini

sumber : http://pahangdaily.blogspot.com/

Monday, September 13, 2010

Datuk Sharifah Aini: Hanya Orang Jahat Fikir Begitu




Kak Pah nafi perdamaian dengan Siti hanya satu ‘drama’.

Semua orang sedia maklum bahawa Datuk Sharifah Aini dan Dato' Siti Nurhaliza telahpun 'berdamai' selepas hampir enam tahun menjalinkan hubungan yang agak 'dingin'.

Namun di sebalik 'perdamaian' tersebut, masih ada segelintir pihak yang kurang yakin dengan keikhlasan yang ditunjukkan oleh kedua-dua penyanyi tersebut. Malah ada yang menganggapnya sebagai 'drama' untuk menarik perhatian ramai.

Jelas Kak Pah bila diajukan persoalan mengenai perkara itu, dia tiada sebab atau masa untuk 'berdrama' dan apa yang dilakukannya adalah ikhlas kerana Allah semata-mata.

"Di sini saya mahu perbetulkan isu ini. Saya dan Siti tidak pernah bergaduh dan tiada sebab untuk kami berdamai atau berbaik semula. Saya ikhlas melakukannya dan tak rasa seperti dipaksa.

"Sebenarnya pada tahun lepas lagi saya sudah bertemu dengan Siti dan Datuk K. Kami duduk berbual bersama kerana tiada sebarang masalah yang berlaku di antara kami. Cuma sesi fotografi yang dilakukan baru-baru ini dijalankan secara rasmi dan itu pertama kali kami digandingkan bersama setelah sekian lama," katanya.

Mengenai tanggapan segelintir pihak yang berpendapat apa yang berlaku adalah 'drama' dunia seni, Kak Pah yang begitu sinonim dengan lagu "Bunga Tanjung" dan "Dewi Seri Malam" memberitahu, dia tiada masa untuk 'berdrama' semata-mata bagi mendapatkan perhatian peminat.

"Awak fikir saya ada masa untuk 'berlakon' dan buat semua benda tu? Mengapa mesti ada andaian sebegitu? Pada saya, peminat yang melihat perkembangan saya dan Siti kini harus mengucapkan syukur kerana kami telah mengeratkan hubungan silaturahim yang terjalin.

"Peminat tidak seharusnya berfikiran negatif dan hanya orang jahat sahaja yang berfikiran begitu, dan menganggap apa yang berlaku sebagai 'propa' atau drama," jelasnya tegas.

sumber : www.gua.com.my

Saturday, September 11, 2010

Mayat Datuk Sosilawati Ditemui

Mayat Datuk Sosilawati Ditemui Dibakar Di Ladang Kelapa Sawit?


mayat sosilawati terbakar rentung  ditemui

Berita ini masih tak diconfirmkan lagi. Tetapi 4 mayat rentung ditemui dibakar di sebuah ladang kelapa sawit di Morib berkemungkinan besar ialah Datuk Sosilawati dan mereka yang terlibat dalam kes kehilangan.

Kita tunggu berita selanjutnya sebab identiti mayat ini belum disahkan oleh pihak polis. Tapi kemungkinan besar mayat/tubuh yang dibakar ialah Datuk Sosilawati.

Update: Ada 2 versi cerita. Satu jumpa dibakar kat ladang kelapa sawit. Satu lagi jumpa kena buang kat laut Morib. Tak tau mana satu yang betul lagi. Nantikan.

Update 2: 6 orang suspek sudah ditahan untuk siasatan lanjut.

sumber : http://beautifulnara.com