Share It

Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Translate

Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NuffNang

Sunday, June 10, 2012

"Lambat Sehari Maut Menanti" - Almy Nadia



6 Mei – Pelakon Almy Nadia bernasib baik kerana terselamat daripada penyakit apendiks tahap kritikal yang boleh meragut nyawanya.
"Penyakit apendiks itu sudah bernanah dan jika tidak dirawat dalam masa yang cepat ia akan menyebabkan jangkitan dan ada kemungkinan boleh membawa maut," ujar Almy yang mengalami kesakitan pada bahagian perut secara tiba-tiba pada 23 Mei lalu sehingga ditahan di wad Pusat Perubatan Kelana Jaya (KJMC) untuk pembedahan segera.
Menurut Almy, semuanya berlaku apabila dia secara tiba-tiba mengalami sakit perut yang teruk sehinggalah dia dikejarkan ke KJMC. Selepas pemeriksaan, doktor mendapati apendiks Almy sudah bernanah teruk.
"Saya juga berada di ambang maut kerana apendiks itu hampir pecah.Jika saya lewat sehari ke hospital pastinya maut menanti.
"Mujurlah semuanya sudah selamat dan kini saya beransur sembuh selepas hampir dua minggu pembedahan," ujarnya yang dipetik dari laman mStar Online.
Almy yang kini sedang menjalani proses berpantang selama tiga minggu turut menekankan aspek pemakanan selain perlu berhati-hati dengan pergerakannya memandangkan luka pembedahan agak teruk.
"Buat masa ini, saya berpantang daripada mengambil makanan pedas dan hanya memilih makanan berkhasiat. Paling penting, pergerakan harus dikawal lebih-lebih lagi orang seperti saya ini yang tidak reti duduk diam. "Pembedahan itu memang sakit dan buat saya trauma, tetapi kini ia beransur pulih. Walau sakit dan sukar mana sekalipun saya perlu meneruskan kerja kerana saya anak sulung yang perlu menyara keluarga di kampung," jelas Almy lagi.
Malah pelakon 'Edisi Khas 2012' ini menganggap segala musibah demi musibah yang menimpa dirinya sejak tahun lalu seperti sakit misteri, patah jari kaki, dugaan dalam percintaannya bersama pelakon Fizz Fairuz dan kini apendiks, disifatkannya sebagai satu dugaan Allah untuk menghapuskan dosa-dosa kecilnya selama ini.
Terbaru, Almy kini kembali bekerja dan baru saja memulakan penggambaran telefilem Hari Raya berjudul "Sebelum Raya" arahan Zulkifli M Said untuk tayangan di sebuah saluran televisyen.

Tuesday, June 5, 2012

Lisa Surihani tidak gemar berpakaian seksi


Pelakon yang baru sahaja mendirikan rumah tangga pada 23 Februari lalu berkongsi apa yang dia gemar gayakan untuk ke majlis rasmi mahupun keluar menghabiskan masa di hujung minggu bersama keluarga.
Kita seringkali melihat keayuan wajah Lisa Surihani yang tampil menawan setiap kali ditemuramah mahupun diajak bergambar walaupun ketika itu dia tidak bermekap.
Ujar Lisa, 26 tahun, dia tidak gemar berpakaian menjolok mata kerana merasakan ia tidak sesuai dan tidak memiliki bentuk tubuh yang menawan untuk memperagakan baju yang terdedah.
Dia turut memberitahu, tampil ringkas adalah gayanya sejak dahulu lagi. Dia tidak selesa berpakaian seksi di khalayak ramai.
"Pada saya berpakaian sedikit seksi tidak ada yang negatif kerana ianya diukur dari si pemakai yang mengayakan pakaian masing-masing. Senang cerita, seksi itu subjektif. "
Apabila ditanya mungkin Lisa ada jenama pakaian yang digemari ataupun dia sendiri tidak memilih dalam membeli pakaian.
"Saya seorang yang ringkas, lagi ringkas saya berpakaian lebih selesa saya rasakan. Saya tidak ada jenama yang tertentu untuk membeli pakaian kerana saya suka beli pakaian yang dijual di internet."
"Tidak dinafikan, saya juga seperti wanita lain yang gemar pergi membeli pakaian di kedai seperti Zara, Topshop, dan jenama terkenal yang ada di sini. Tapi itu hanyalah kegemaran, saya tidak kisah beli pakaian di mana-mana asalkan cantik dan selesa." Ujar Lisa yang ditemui di pejabat rasmi Digi sebagai juri jemputan untuk anugerah Digi Wwwow di Shah Alam semalam.


sumber yahoo.com

Wednesday, May 23, 2012

Awal Ashaari hos baru 'Melodi'

Akhirnya, seperti yang digembar-gemburkan dan menjadi teki-teki sejak lebih sebulan lalu, pihak pengurusan program 'Melodi' mengeluarkan kenyataan akhbar yang menyatakan bahawa bermula Jun ini, program tersebut akan dikendalikan oleh seorang pengacara baru iaitu Awal Ashaari. Awal akan mengacarakan Melodi bersama hos lama mereka, Zizan Razak.

Hal tersebut berlaku selepas Dira yang membuat keputusan untuk mengundur diri.

Pemilihan Awal sekali gus menamatkan spekulasi tentang siapa hos yang akan mengisi posisi hos wanita Melodi sebelum ini, Dira Abu Zahar. Khidmat Dira sebagai hos program tersebut 'tergantung' selepas dia didakwa terbabit dalam satu pergaduhan di sebuah kelab malam terkenal di ibu kota sekitar bulan April lalu. Sejak Dira tidak muncul mengacara program tersebut, Awal dilihat telah mula menggantikan kekosongan tersebut.

Melalui kenyataan rasmi tersebut, penerbit 'Melodi', Azman Abd Gafar menjelaskan: “Selepas perbincangan dalaman dan berdasarkan sesi pemilihan calon pengantara yang telah dilakukan beberapa bulan sebelum ini, pertukaran muka hadapan Melodi adalah satu langkah strategik dan wajar dilakukan. Kami yakin bakat dan potensi yang ada pada Zizan dan Awal kerana mereka mampu mengendalikan rancangan dengan keunikan dan stail tersendiri dalam meredakan suasana setelah paparan panas dan sensasi dihidangkan. 

"Kami juga percaya setiap pengacara dianugerahkan dengan bakat yang berbeza dan mempunyai kelompok peminatnya tersendiri. Bukan sekadar bertumpu kepada gurauan dan usikan semata-mata, jika diberi peluang, gandingan Zizan dan Awal mampu menyerikan program ini dengan corak pengacaraan yang sudah sebati dengan penonton," ujarnya.

Pihak penerbitan turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada Dira Abu Zahar yang yang dianggap begitu komited sepanjang setahun berkhidmat dengan mereka. "Kami menghormati keputusannya yang ingin melanjutkan pelajaran dan memberi fokus terhadap perniagaannya," ujar Azman lagi.

Hai, memang rezeki pengantin baru. Tahniah Awal. Bagaimanapun Awal tidak dapat dihubungi kerana sedang berada di New York, menhabiskan bulan madu bersama isterinya, Scha Al-Yahya dan hanya akan pulang ke ibu kota pada hujung bulan ini sebelum memulakan tugas mengacara program tersebut.

Sementara itu, Dira turut mengucapkan tahniah buat Awal dan memberitahu keputusan yang diambil untuk meninggalkan Melodi bukan kerana kontroversi yang menghambat dirinya.

"Ia tak ada kena-mengena dengan kontroversi sebelum ini. Saya mahu memberi tumpuan terhadap perniagaan dan menyambung pelajaran," katanya.


sumber yahoo.com

Tuesday, May 22, 2012

Nabila Huda gembira hidup sebagai ibu tunggal



21 Mei – Aktres popular, Nabila Huda Suhaimi memberitahu hidupnya kini lebih gembira sebagai seorang ibu tunggal sejak menfailkan perceraian hampir 10 bulan yang lalu.
Ibu kepada seorang anak perempuan berusia 2 tahun, Keisha Lalila, berkata dia tidak langsung berasa tertekan atau terganggu dengan statusnya sebagai ibu tunggal pada usia muda.
"Saya gembira dengan kehidupan saya sebagai ibu tunggal. Walaupun perasaan sedih itu kadang-kadang datang, saya bersyukur kerana anak saya sentiasa bersama, malah kesibukan kerja saya juga membantu saya dalam mengatasi kesedihan itu.
"Buat masa sekarang, rasanya sangat susah untuk saya berenggang dengan Keisha kerana perasaan rindu akan cepat menyusup. Jadi saya akan bawa anak saya bersama ke lokasi penggambaran tidak kira di mana sekali pun,"katanya.
Pada Ogos tahun lalu, anak perempuan kepada lagenda rock tanah air Amy Search, telah menfailkan permohonan cerai terhadap suaminya Zaidi Zailani, 30, selepas 3 tahun berkongsi hidup sebagai suami isteri berikutan tiada persefahaman.
Menurut Nabila lagi, buat masa sekarang ini dia tidak terfikir lagi untuk mencari pengganti kerana baginya anak dan kerjayanya adalah paling utama ketika ini.
"Saya tidak serik atau trauma dengan kegagalan perkahwinan saya, tapi mencari pengganti bukanlah misi utama saya pada waktu ini,"jawabnya ketika ditanya tidakkah dia merancang untuk mencari pengganti.
Dalam perkembangan lain, Nabila baru sahaja menamatkan penggambaran drama bersiri "Nikallaya" di selatan Thailand baru-baru ini dan bakal muncul dalam filem terbarunya iaitu "Jalan Kembali : Bohsia 2" pada 7 Jun ini.
sumber yahoo.com

Zizan Razak nafi hidap penyakit misteri

21 Mei – Walaupun sebelum ini pihak kepada pengacara "Melodi", Zizan Razak memberi penjelasan bahawa dia mengalami keradangan otot selepas dimasukkan ke wad beberapa hari, penjelasan tersebut tidak memuaskan hati beberapa pihak lalu muncul khabar angin bahawa dia menghidap penyakit misteri. Namun perkara tersebut dinafikan oleh Zizan walaupun turut berasa pelik dengan spekulasi yang dibuat oleh sesetengah pihak. "Saya berasa tidak sedap badan lalu memandu sendiri ke hospital. Doktor ada membuat pemeriksaan jantung dan beberapa organ lain tetapi tiada sebarang masalah. "Hasil pemeriksaan mengesahkan bahawa saya tidak cukup berat. Saya juga turut mempunyai surat pengesahan tersebut daripada doktor," ujar pemegang trofi Pengacara Paling Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2011) ketika ditemui selepas tamat majlis tayangan media filem "Bohsia 2: Jalan Kembali". "Walaupun saya berasa pelik, saya menganggap orang mengambil berat. Saya tidak ada sebarang masalah. Saya telah menjawab spekulasi tersebut dan berharap perkara sedemikian dapat dijauhkan. "Saya tidak bercakap perkara (penyakit misteri) itu tidak wujud. Cuma kita sendiri tahu bagaimana kita ingin mengelak ia berlaku iaitu dengan bacaan ayat Al-Quran," jelas pengacara dan pelakon berusia 28 tahun ini lagi. Mengulas tentang filem terbarunya, "Bohsia 2: Jalan Kembali", Zizan akui masih baru dalam industri perfileman dan perlu mendapat tunjuk ajar daripada mereka yang berpengalaman bagi memantapkan mutu lakonannya pada masa akan datang. Filem yang diarahkan oleh Syamsul Yusof dan turut dibintangi oleh Nabila Huda, Salina Saibi, Sofi Jikan dan ramai lagi bakal menemui penonton pada 7 Jun akan datang. Sumber yahoo.com

Wednesday, May 16, 2012

Fasha Sandha & Eira Syazira bakal bergelar ibu




16 Mei – Dua aktres yang tidak lagi asing dalam dunia drama televisyen tempatan, Fasha Sandha dan Eira Syazira apabila mereka merupakan insan paling gembira setelah kedua-dua aktres ini disahkan mengandung.
Menurut laporan Utusan Malaysia, aktres Fasha Sandha atau nama sebenarnya Nur Fasha Sandha Hassan yang baru sahaja bergelar isteri kepada Rizal Ashram Ramli (Jejai) pada 28 April yang lalu di Hotel Crowne Plaza mengesahkan dia kini hamil lebih kurang seminggu.
Wanita berusia 28 tahun ini mengumumkan berita gembira itu melalui akaun Twitter peribadinya Isnin lalu.
"Rezeki daripada Allah yang paling bermakna buat setiap pasangan suami isteri. Syukur, Alhamdulillah,"katanya.
Ujar Fasha lagi, suaminya nyata terkejut di masa yang sama teruja dengan berita tersebut.
"Saya sebenarnya tidak tahu mengenai perkara ini sehinggalah saya pergi untuk membuat pemeriksaan sendiri di hospital Ampang bersama pembantu peribadi, ketika menjalani pemeriksaan doktor mengesahkan air kencing saya positif, usia kandungan saya baru berusia seminggu lebih."
"Ini adalah impian bagi setiap pasangan yang telah mendirikan rumah tangga, kami berdua memang mahu memiliki anak secepat mungkin, ini saya kira hadiah yang paling bermakna untuk saya sebagai isteri dan suami."
Sementara itu, seorang lagi pelakon Eira Syazira juga telah memberitahu bahawa dia kini hamil anak pertamanya hasil perkahwinan bersama pelakon Azad Jazmin John Louis Jeffri yang berkahwin pada 16 September tahun lalu dimana perkahwinan tersebut diadakan di kediaman keluarga pengantin perempuan di Putrajaya.
Eira mengumumkan berita gembira tersebut menerusi laman rasmi facebook miliknya. Kegembiraan ini turut dikongsi suami yang dikatakan melompat kerana teruja dengan berita tersebut.
"Alhamdullilah, saya akan menjadi ibu tidak lama lagi! Syukur kepada Allah diatas kandungan ini. Hadiah yang paling bermakna di Hari Ibu. Selamat Hari Ibu untuk saya, dan yang penting, suamiku melompat di depan doktor apabila mendapat tahu saya mengandung, Alhamdullilah." Ujar Eira.

Monday, May 14, 2012

Siti Sarah kurang berkeyakinan untuk menyanyi selepas bersalin




12 Mei – Sejak menjadi ibu kepada cahaya mata pertamanya Uwais Alqarni pada Disember tahun lalu hasil perkahwinannya dengan Shuib (Sepah), hidup Siti Sarah kini kian berubah. Menurutnya dia kini kurang keyakinan untuk merakamkan lagu terbaru.
"Buat masa ini, saya belum bersedia untuk menyanyi walaupun bakal muncul dengan 'single' lagu terbaru yang masih lagi sedang dalam pembikinan oleh komposer Aidit Alfian."
Memetik dari mStar, sebab utama dia kurang yakin adalah disebabkan oleh kesan pembedahan yang dilakukannya ketika melahirkan anaknya.
"Memang saya rasa vokal kurang mantap. Sukar untuk saya gambarkan bagaimana rasanya ketika merakamkan suara, tak macam dulu. Perut saya seperti berangin saja.
"Walaupun orang kata menjadi perkara normal untuk seorang wanita yang lepas bersalin, salah tanggapan itu kerana vokal yang bagus mampu bertahan sehingga usia 63 tahun jika tahu teknik penjagaannya," katanya.
Sarah berharap agar vokalnya akan kembali mantap seperti sedia kala sebelum merakamkan lagu tersebut.
Sementara itu, Sarah berkata dia kini sangat bahagia dan seronok menjaga anak kecilnya bersama suami tersayang.
"Setiap kali melihat wajah Uwais, saya rasa bersyukur sangat kerana memilikinya. Walaupun masih kecil lagi, dia sudah pandai mengambil hati saya dan Shuib.
"Selamatlah, dia tidak banyak ragam apabila saya dan Shuib sibuk bekerja, tetapi apabila dia bersama saya, bukan main lagi dia nakkan perhatian," kata pelakon filem Man Sewel Datang KL.
source yahoo.com