Share It

Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Translate

Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NuffNang

Monday, September 13, 2010

Bienda Bakal Gelar Isteri





8 Oktober bakal menyaksikan penyatuan Bienda dan jejaka pilihannya sebagai suami isteri sah.

Berubah status daripada bujang kepada isteri orang sudah pasti memberikan satu situasi baru kepada si empunya diri. Itulah jua yang dirasakan oleh penyanyi serta pelakon muda, Bienda yang bakal bergelar isteri apabila diijabkabulkan dengan kekasih hati pada 8 Oktober depan.

Berkesempatan bertemu dengan penyanyi yang sinonim dengan lagu "Penantian" itu di majlis pratonton filem '4 Madu' semalam, dia mengakui berdebar tetapi dalam masa yang sama sudah bersedia daripada aspek mental.

"Persediaan perkahwinan sudah 80 peratus siap. Majlis akan dilangsungkan di sebuah dewan di Kuala Lumpur dan saya harap segala-galanya akan berjalan lancar. Mengenai persiapan daripada aspek mental pula, saya memang telah bersedia kerana sudah lama saya mengidamkan 'gelaran' baru itu," ujarnya ceria.

Dalam pertemuan itu juga, bekas anggota kumpulan nasyid Solehah itu memberitahu, dia dan bakal suami telah membeli sebuah rumah di Kuala Lumpur sebagai tempat mereka menumpang teduh selepas bergelar suami isteri. Katanya, suaminya hanyalah orang kebanyakan dan bekerja sebagai penerbit rancangan program televisyen di sebuah saluran TV swasta.

"Kami masing-masing daripada keluarga sederhana. Jadi perancangan perkahwinan dan selepas berkahwin semuanya dilakukan bersama-sama. Mungkin disebabkan itulah kami berdua serasi.

"Selain itu, hanya selepas bertunang, barulah saya memberitahu pihak media mengenai perhubungan kami. Bukannya apa, saya tidak suka jika hubungan tersebut disalah anggap oleh mana-mana pihak.

"Lagipun bila sudah betul-betul bertunang dan akan berkahwin, barulah saya rasa selesa untuk bercerita dengan orang," katanya yang bijak menyembunyikan kisah cintanya daripada dihidu oleh pihak media.


sumber : www.gua.com.my

No comments:

Post a Comment