Wednesday, September 22, 2010
Artis-Artis Malaysia Di Parti Anugerah Eh 2008
Kalau tak silap kamilah, gambar-gambar artis ini diambil semasa majlis Anugerah Eh 2008. Tak tahan jugak mata tengok artis-artis wanita Malaysia yang baju mereka seksi dan tak cukup kain.
Kita rehat sebentar dari gosip dan gambar artis-artis Malaysia untuk 2009 dan kita layan gambar-gambar mereka semasa tahun 2008.
Teruskan membaca artikel ini sepenuhnya untuk melayan gambar-gambar artis Malaysia semasa Anugerah Eh 2008. Layan ~~
sumber : http://beautifulnara.com
Sheila Majid kecewa
NIATNYA hanya mahu menghiburkan peminatnya yang sudah menyokong kariernya selama 25 tahun. Berhasrat untuk mengadakan konsert skala besar dalam tahun ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur, impian Datuk Sheila Majid bagaimanapun tidak dapat dicapai berdasarkan perancangan.
Umum diketahui, faktor utama yang menyebabkan impian itu tidak mampu dilaksanakan adalah kerana soal penajaan. Namun, Sheila tidak pernah putus asa. Mencari alternatif, penyanyi bersaiz genit itu dijadualkan mengadakan persembahan di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Indonesia pada 23 September ini.
Malangnya, konsert yang sepatutnya dihadiri peminatnya di Malaysia, Indonesia serta negara serantau itu juga terpaksa ditunda. Bukan sebab penjualan tiket tetapi atas faktor keadaan politik antara Malaysia dan Indonesia belum reda.
Maka, konsert anjuran TIS Communication itu dijadualkan semula pada 15 Februari 2011. Berasa kecewa, Sheila bagaimanapun melihat penundaan tersebut daripada segi positif. Ini kerana, faktor keselamatan dirinya serta mereka yang hadir perlu diambil kira.
“Mungkin penundaan ini sesuatu yang baik kerana pihak penganjur mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persediaan dari segi keselamatan. Ini kerana penonton yang datang nanti bukannya dari Indonesia sahaja.
“Ramai juga peminat dari Malaysia yang akan hadir. Jadi diharap pada bulan Februari nanti isu ini akan reda dan dapat diselesaikan memandangkan kedua-dua negara sudah lama menjalin hubungan baik,” jelas Sheila ketika ditemui pada persembahan Sinaran Raya di Pavilion, baru-baru ini.
Batalkan majlis kahwin di rumah
|
SETIAP insan pasti mempunyai hasrat untuk berubah menjadi lebih baik. Kehadiran seseorang yang berjaya mencuri hati, yang menjadi antara faktor mendorong seseorang itu untuk berubah ke arah yang lebih positif turut dibuktikan oleh penyanyi Elyana.
Terkenal dengan lagu Niat, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu berhasrat untuk menjayakan niatnya untuk berubah menjadi lebih baik sebelum dia mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
Menurut Elyana, antara perubahan utama yang dia ingin dalam dirinya seperti mengikis perangai malasnya agar menjadi lebih rajin.
“Sebelum ini saya boleh dikatakan agak pemalas juga tetapi nanti bila dah jadi isteri orang takkan nak terus jadi malas jugak.
“Saya harus berubah lagipun sikap itu bukan sikap yang baik,” katanya pada sesi fotografi di Hotel Quality, Kuala Lumpur baru baru ini.
Tambah Elyana, selain berubah menjadi lebih baik, dia juga kini sedang belajar memasak gulai tempoyak ikan patin.
“Saya terpanggil untuk belajar memasak gulai tempoyak ikan patin itu sebab ia merupakan makanan kegemaran bakal suami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Elyana membawa perkhabaran bahawa dia bakal muncul dengan single terbarunya.
“Lagu itu ciptaan oleh Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad. Konsep yang cuba diketengahkan dalam single itu nanti masih sama seperti sebelum ini tetapi perbezaannya pada single kali ini menunjukkan kematangan Elyana sekarang,” ujarnya yang belum menentukan judul single tersebut.
Fenomena baru Siti
BARU menakluki pasaran kosmetik tempatan selama enam bulan, harus diakui impak yang terhasil oleh SimplySiti bukanlah sembarangan.
Sejak SimplySiti mula dilancarkan pada 30 Mac lalu, permintaan terhadap produk berkenaan sememangnya di luar dugaan.
SimplySiti mencetus fenomena baru dalam industri kosmetik tempatan.
Hanya dalam sekelip mata sahaja dan tidak sampai tiga bulan, kebanyakan stok SimplySiti semuanya habis dijual sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peminat tegar rangkaian produk berkenaan.
Melihat perkara itu dari sudut yang positif, pemiliknya, Datuk Siti Nurhaliza benar-benar tidak menyangka SimplySiti berjaya mencipta kejayaan yang cukup luar biasa.
Sebagai permulaan ketika itu kata Siti, pihaknya membekalkan stok SimplySiti yang boleh menampung pasaran cukup untuk tempoh empat bulan.
"Kami cukup terkejut dan sama sekali tidak menyangka ia mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna dan masyarakat.
"Saya cukup gembira dengan respons yang kami terima dan ini membuatkan saya serta seluruh pasukan SimplySiti untuk terus memberikan yang terbaik kepada pengguna," ikrar Siti yang juga merupakan Presiden SimplySiti Sdn. Bhd.
Penyanyi jelita itu ditemui pada majlis pelancaran rangkaian terbaru SimplySiti edisi terhad, Gold Edition yang dibuat khusus bagi meraikan bulan Syawal ini di Hotel J.W. Marriot, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada majlis itu juga, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat pada 21 Ogos lalu.
Kemungkaran filem Melayu
FILEM merupakan suatu medium yang mempunyai pelbagai genre seperti drama, romantik, komedi, aksi dan seram yang bertujuan memberi pilihan kepada para penonton. Bukan setakat hiburan, filem adakalanya turut memainkan peranan sebagai alat propaganda politik dan bersifat keislaman dalam usaha untuk menyebarkan dakwah agama ini. Filem berunsur Islam boleh diselitkan sebagai satu lagi genre dan ia semakin mendapat perhatian para pembikin filem dan penonton walau di mana-mana juga sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun, ramai yang masih keliru mahupun berselisih pendapat berhubung definisi filem Islam. Dalam konteks bidang perfileman di negara ini, para peminat telah disajikan dengan beberapa filem yang dikatakan boleh dikategorikan sebagai Islam sejak era tahun 1950-an lagi. Sebagai contohnya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah mengarah dan membintangi filem Semerah Padi pada 1956 yang memaparkan elemen-elemen ajaran Islam di dalamnya. Adegan filem itu antara lain memaparkan adanya elemen ajaran Islam yang mengenakan hukuman sula terhadap pasangan yang sudah berkahwin tetapi melakukan perzinaan. Perkara itu membuktikan bahawa sejak dunia perfileman Melayu mula bertapak di Singapura pada awal tahun 1940-an sudah ada pengaruh Islam di dalamnya. Namun ramai yang terus memperkatakan kesyumulan ajaran Islam yang cuba diterapkan dalam filem genre ini kerana ia dikatakan belum 100 peratus menepati kriterianya. |
Badrul Muhayat: Lagi Kes Tendang Isteri?
KL, 21 SEPTEMBER 2010: Belum pun reda kes tuntutan cerai dan keganasan antara pelakon kacak Badrul Muhayat, 42 bersama isterinya Julia Daud,29, Murai Batu difahamkan pelakon popular itu sekali lagi didakwa telah memukul isterinya baru-baru ini.
Kali ini, Badrul didakwa telah naik berang apabila isterinya itu meminta dia menurunkan tandatangan di atas surat permohonan cerai yang mengakibatkan dia menendang wanita berkenaan di bahagian pinggang.
Angkara perbuatannya, kes berkenaan telah menjadi bahan siasatan polis mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan dan polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut.
Menurut sumber polis, ketika itu isterinya meminta Badrul menurunkan tandatangan surat yang mengatakan bersetuju untuk bercerai secara baik sebelum suaminya itu memarahi dan berlaku pertengkaran antara mereka.
Sunday, September 19, 2010
Pelakon veteran M. Rajoli meninggal dunia
M.Rajoli | |||
Nama Penuh : | Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zin | ||
Tempat Lahir : | Pasir Mas, Kelantan | ||
Bangsa : | Melayu | ||
Bahasa : | Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu | ||
Kerjaya : | Pelakon, Pelukis | ||
Kemahiran : | Berlakon |
Tuesday, September 14, 2010
Kes Bunuh Sosilawati
Panas: Wajah Sebenar "Dua Suspek Utama" Kes Bunuh Sosilawati Terbongkar, Soalnya Kenapa Identiti Mereka Semua Masih Dirahsiakannya !!
Sudah beberapa hari suspek utama kes pemunuhan ngeri jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain dijejaki. Malah, suspek yang dipercayai merupakan seorang "Peguam yang bergelar Doktor", adiknya serta enam yang lain telah pun dikenalpasti. Biar pun ia masih belum "disahkan", namun umum mengetahui bahawa kesemua suspek bukanlah berbangsa Melayu sebaliknya India. Tambahan mula terdapat banyak laman blog yang menyiarkan wajah sebenar suspek ketika ditahan oleh pihak polis. Anehnya, media arus perdana terutamanya Utusan Malaysia masih "berselera" untuk merahsiakan identiti suspek kepada umum. Kenapa ini berlaku?. Apakah dek kerana suspek mempunyai hubungan cukup rapat dengan kepimpinan UMNO BN Selangor, maka identiti beliau yang sebenarnya perlu dirahsiakan. Sedangkan, dalam kes-kes sebelum ini setiap suspek yang berjaya diberkas pasti akan didedahkan identitinya oleh pihak terbabit. Malah, mereka masih gemar membuat rakyat tertanya-tanya dalam setiap kenyataan yang dibuat. Antaranya, masih menggunakan "suspek yang dikehendaki" tanpa memberitahu identiti sebenar. Malah dalam laporan Utusan Malaysia hari ini, jelas mengatakan "Empat suspek termasuk seorang peguam bergelar Datuk ditahan reman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes kehilangan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya bersama tiga yang lain sejak 30 Ogos lalu. Suspek yang berusia 41 tahun itu merupakan suspek paling dikehendaki, dibawa ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur pada pukul 1.40 petang dari Balai Polis Bukit Jalil di sini untuk disoal siasat. Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah tiga lagi individu termasuk seorang yang dipercayai adiknya yang disyaki terlibat dalam kes tersebut", lapor muka depan akhbar arus perdana terbabit. Soalnya, kenapa mahu dirahsia sedangkan maklumat tentang suspek sudah pun dibocorkan.baca selanjutnya klik sini
sumber : http://pahangdaily.blogspot.com/
Bila artis tak bersolek
Wajah Fazura tanpa secalit solekan.
Salamiah Hassan sudah 50 tahun usianya.
Sekali pandang macam tak kenal. Inilah Atilia yang masuk program Sehati Berdansa.
Diana Danielle masih muda... tanpa solekan nampak dia macam budak sekolah. Memang Danielle masih bersekolah pun.
Datin Nina Juren masih cantik tanpa solekan.
Mila (kiri) dan Farah tanpa sentuhan glamor.
Amylea AF3
Inilah antara artis yang hadir ke majis sembahyang hajat untuk aktiviti amal. Baguslah tu.
sumber: http://gambarartis.blogspot.com