





sumber : http://artis-terlampau.blogspot.com
Kalau tak silap kamilah, gambar-gambar artis ini diambil semasa majlis Anugerah Eh 2008. Tak tahan jugak mata tengok artis-artis wanita Malaysia yang baju mereka seksi dan tak cukup kain.
Kita rehat sebentar dari gosip dan gambar artis-artis Malaysia untuk 2009 dan kita layan gambar-gambar mereka semasa tahun 2008.
Teruskan membaca artikel ini sepenuhnya untuk melayan gambar-gambar artis Malaysia semasa Anugerah Eh 2008. Layan ~~
sumber : http://beautifulnara.com
NIATNYA hanya mahu menghiburkan peminatnya yang sudah menyokong kariernya selama 25 tahun. Berhasrat untuk mengadakan konsert skala besar dalam tahun ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur, impian Datuk Sheila Majid bagaimanapun tidak dapat dicapai berdasarkan perancangan.
Umum diketahui, faktor utama yang menyebabkan impian itu tidak mampu dilaksanakan adalah kerana soal penajaan. Namun, Sheila tidak pernah putus asa. Mencari alternatif, penyanyi bersaiz genit itu dijadualkan mengadakan persembahan di Pusat Konvensyen Jakarta, Senayan, Indonesia pada 23 September ini.
Malangnya, konsert yang sepatutnya dihadiri peminatnya di Malaysia, Indonesia serta negara serantau itu juga terpaksa ditunda. Bukan sebab penjualan tiket tetapi atas faktor keadaan politik antara Malaysia dan Indonesia belum reda.
Maka, konsert anjuran TIS Communication itu dijadualkan semula pada 15 Februari 2011. Berasa kecewa, Sheila bagaimanapun melihat penundaan tersebut daripada segi positif. Ini kerana, faktor keselamatan dirinya serta mereka yang hadir perlu diambil kira.
“Mungkin penundaan ini sesuatu yang baik kerana pihak penganjur mempunyai lebih banyak masa untuk membuat persediaan dari segi keselamatan. Ini kerana penonton yang datang nanti bukannya dari Indonesia sahaja.
“Ramai juga peminat dari Malaysia yang akan hadir. Jadi diharap pada bulan Februari nanti isu ini akan reda dan dapat diselesaikan memandangkan kedua-dua negara sudah lama menjalin hubungan baik,” jelas Sheila ketika ditemui pada persembahan Sinaran Raya di Pavilion, baru-baru ini.
|
SETIAP insan pasti mempunyai hasrat untuk berubah menjadi lebih baik. Kehadiran seseorang yang berjaya mencuri hati, yang menjadi antara faktor mendorong seseorang itu untuk berubah ke arah yang lebih positif turut dibuktikan oleh penyanyi Elyana.
Terkenal dengan lagu Niat, pemilik nama Erneelya Elyana Emrizal itu berhasrat untuk menjayakan niatnya untuk berubah menjadi lebih baik sebelum dia mendirikan rumahtangga tidak lama lagi.
Menurut Elyana, antara perubahan utama yang dia ingin dalam dirinya seperti mengikis perangai malasnya agar menjadi lebih rajin.
“Sebelum ini saya boleh dikatakan agak pemalas juga tetapi nanti bila dah jadi isteri orang takkan nak terus jadi malas jugak.
“Saya harus berubah lagipun sikap itu bukan sikap yang baik,” katanya pada sesi fotografi di Hotel Quality, Kuala Lumpur baru baru ini.
Tambah Elyana, selain berubah menjadi lebih baik, dia juga kini sedang belajar memasak gulai tempoyak ikan patin.
“Saya terpanggil untuk belajar memasak gulai tempoyak ikan patin itu sebab ia merupakan makanan kegemaran bakal suami,” ujarnya.
Dalam pada itu, Elyana membawa perkhabaran bahawa dia bakal muncul dengan single terbarunya.
“Lagu itu ciptaan oleh Aidit Alfian dan lirik oleh Ad Samad. Konsep yang cuba diketengahkan dalam single itu nanti masih sama seperti sebelum ini tetapi perbezaannya pada single kali ini menunjukkan kematangan Elyana sekarang,” ujarnya yang belum menentukan judul single tersebut.
BARU menakluki pasaran kosmetik tempatan selama enam bulan, harus diakui impak yang terhasil oleh SimplySiti bukanlah sembarangan.
Sejak SimplySiti mula dilancarkan pada 30 Mac lalu, permintaan terhadap produk berkenaan sememangnya di luar dugaan.
SimplySiti mencetus fenomena baru dalam industri kosmetik tempatan.
Hanya dalam sekelip mata sahaja dan tidak sampai tiga bulan, kebanyakan stok SimplySiti semuanya habis dijual sehingga menimbulkan rasa tidak puas hati di kalangan peminat tegar rangkaian produk berkenaan.
Melihat perkara itu dari sudut yang positif, pemiliknya, Datuk Siti Nurhaliza benar-benar tidak menyangka SimplySiti berjaya mencipta kejayaan yang cukup luar biasa.
Sebagai permulaan ketika itu kata Siti, pihaknya membekalkan stok SimplySiti yang boleh menampung pasaran cukup untuk tempoh empat bulan.
"Kami cukup terkejut dan sama sekali tidak menyangka ia mendapat maklum balas yang positif daripada pengguna dan masyarakat.
"Saya cukup gembira dengan respons yang kami terima dan ini membuatkan saya serta seluruh pasukan SimplySiti untuk terus memberikan yang terbaik kepada pengguna," ikrar Siti yang juga merupakan Presiden SimplySiti Sdn. Bhd.
Penyanyi jelita itu ditemui pada majlis pelancaran rangkaian terbaru SimplySiti edisi terhad, Gold Edition yang dibuat khusus bagi meraikan bulan Syawal ini di Hotel J.W. Marriot, Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Pada majlis itu juga, Siti dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa turut meraikan sambutan ulang tahun perkahwinan mereka yang keempat pada 21 Ogos lalu.
![]() |
ADAKAH Remp-It filem sosial muda-mudi yang mempunyai elemen pengajaran di dalamnya juga boleh dianggap sebuah filem Islam? FILEM merupakan suatu medium yang mempunyai pelbagai genre seperti drama, romantik, komedi, aksi dan seram yang bertujuan memberi pilihan kepada para penonton. Bukan setakat hiburan, filem adakalanya turut memainkan peranan sebagai alat propaganda politik dan bersifat keislaman dalam usaha untuk menyebarkan dakwah agama ini. Filem berunsur Islam boleh diselitkan sebagai satu lagi genre dan ia semakin mendapat perhatian para pembikin filem dan penonton walau di mana-mana juga sejak akhir-akhir ini. Bagaimanapun, ramai yang masih keliru mahupun berselisih pendapat berhubung definisi filem Islam. Dalam konteks bidang perfileman di negara ini, para peminat telah disajikan dengan beberapa filem yang dikatakan boleh dikategorikan sebagai Islam sejak era tahun 1950-an lagi. Sebagai contohnya, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee pernah mengarah dan membintangi filem Semerah Padi pada 1956 yang memaparkan elemen-elemen ajaran Islam di dalamnya. Adegan filem itu antara lain memaparkan adanya elemen ajaran Islam yang mengenakan hukuman sula terhadap pasangan yang sudah berkahwin tetapi melakukan perzinaan. Perkara itu membuktikan bahawa sejak dunia perfileman Melayu mula bertapak di Singapura pada awal tahun 1940-an sudah ada pengaruh Islam di dalamnya. Namun ramai yang terus memperkatakan kesyumulan ajaran Islam yang cuba diterapkan dalam filem genre ini kerana ia dikatakan belum 100 peratus menepati kriterianya. |
KL, 21 SEPTEMBER 2010: Belum pun reda kes tuntutan cerai dan keganasan antara pelakon kacak Badrul Muhayat, 42 bersama isterinya Julia Daud,29, Murai Batu difahamkan pelakon popular itu sekali lagi didakwa telah memukul isterinya baru-baru ini.
Kali ini, Badrul didakwa telah naik berang apabila isterinya itu meminta dia menurunkan tandatangan di atas surat permohonan cerai yang mengakibatkan dia menendang wanita berkenaan di bahagian pinggang.
Angkara perbuatannya, kes berkenaan telah menjadi bahan siasatan polis mengikut Seksyen 323 Kanun Kesiksaan dan polis bagaimanapun masih menjalankan siasatan lanjut.
Menurut sumber polis, ketika itu isterinya meminta Badrul menurunkan tandatangan surat yang mengatakan bersetuju untuk bercerai secara baik sebelum suaminya itu memarahi dan berlaku pertengkaran antara mereka.
M.Rajoli | |||
Nama Penuh : | Haji Mohd Rajoli Bin Mohamed Zin | ||
Tempat Lahir : | Pasir Mas, Kelantan | ||
Bangsa : | Melayu | ||
Bahasa : | Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu | ||
Kerjaya : | Pelakon, Pelukis | ||
Kemahiran : | Berlakon |