Share It

Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Translate

Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NuffNang

Friday, May 4, 2012

Bob Kuman meninggal



PETALING JAYA: Pelakon dan pelawak popular, Husni Mohd Rawi atau Bob Kuman meninggal dunia di kediamannya di Seksyen 11, Kota Damansara di sini, semalam.
Pelakon berusia 40 tahun itu meninggal dunia jam 4.38 petang akibat masalah sesak nafas. Arwah tidak sedarkan diri jam 3 petang dan dibawa ke Hospital Sungai Buloh.

Menurut Timbalan Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi, arwah kelihatan sihat ketika kunjungan wakil persatuan itu bersama Pemuda Umno memberi sumbangan di rumahnya, baru-baru ini.
“Saya dapat tahu dia terjatuh di bilik air semalam dan tidak sangka dia meninggal dunia.

“Ketika lawatan saya bersama rombongan Seniman dan Pemuda Umno, dia nampak sihat sedikit dan sempat membuat kelakar. Namun saya dapat tahu kesihatannya bertambah teruk selepas khabar angin mengatakan dia meninggal dunia baru-baru ini,” katanya.

Arwah dipercayai menghidap penyakit jantung, kencing manis, paru-paru berair dan obesiti. Masalah sesak nafasnya bertambah teruk serta berlarutan sejak penghujung tahun lalu.
Dia yang terbabit dengan penggambaran drama Jangan Pandang Belakang Congkak ketika itu berdepan masalah penafasan teruk apabila miang buluh masuk menerusi hidung dan mengakibatkan pendarahan banyak.

Jenazah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat dan dibawa ke Seremban untuk dikebumikan.


  source yahoo.com

No comments:

Post a Comment