Share It

Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Translate

Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NuffNang

Monday, April 9, 2012

Azza

Noor Azzarima Zawari dan suami, Azlan Zulaily baru saja ingin menikmati manisnya jadi pasangan suami isteri pada 1 April lalu. Sementelah ini adalah perkahwinan kedua Azza selepas lebih empat tahun menjanda. Perkahwinan mereka juga direstui dan dikongsi gembira obleh banyak pihak.  Malangnya, tak semua orang melihat sisi positif dalam perkahwinan mereka. Ada sahaja yang cuba mencari sisi negatif sehingga cara Azza berpakaian sewaktu majlis akad nikah yang berlangsung di dalam masjid di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur itu menjadi satu isu.  Benar, ia memang kurang sensitif apabila Azza hanya menggenakan selendang untuk menutup kepalanya, bukan bertudung.  Tapi agak kasar apabila si pencari salah mengatakan penyanyi dan pelakon itu sebagai seorang yang jahil agama!  Sedih dengan tohmahan jahil agama yang dilemparkan kepadanya, Azza bagaimanapun berterima kasih terhadap pihak yang sudi menegur kealpaannya. Dia juga mengaku khilaf itu datang daripada dirinya sendiri yang kurang teliti berpakaian dan berjanji untuk lebih berhati-hati dan sensitif selepas ini. "Sebenarnya kalau boleh saya tak suka nak beri sebarang komen kerana ia telah melibatkan maruah dua buah keluarga. Tapi saya juga faham ia telah menyentuh sensitivi agama. Jadi saya mohon maaf secara terbuka kerana kurang peka. Terima kasih kepada yang menegur dan saya lebih berhati-hati selepas ini," jelas Azza yang mengaku tidak mampu menyenangkan hati semua pihak. Sementara itu dia juga memberitahu sedang diulit bahagia sejak menjadi isteri kepada Azlan yang merupakan seorang pramugara di syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia. Mereka bagaimanapun tidak mempunyai perancangan untuk mempunyai cahaya mata tetapi jika Tuhan memberi rezeki tersebut (anak) mereka tidak menolaknya. source yahoo.com

No comments:

Post a Comment