Share It

Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Translate

Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NuffNang

Sunday, October 9, 2011

Bubar Sepah, Jep Dan Shuib Tubuhkan Sepahtu


6 Oktober – Nekad dengan keputusan membubarkan kumpulan Sepah pada Ogos lalu,duo serasi bersama , Mohd Nadzri Zainal Abidin (Jep), 26, dan Shahmira Muhamad (Shuib), 27, menubuhkan pula kumpulan baru yang dinamakan Sepahtu.

Ditubuhkan sejak September lalu, Jep menyatakan yang dia dan Shuib sudah tidak mampu bertahan lagi untuk bekerjasama dalam satu kumpulan (Sepah). Justeru mereka mengambil keputusan untuk berpecah dan menubuhkan kumpulan Sepahtu selepas ditawarkan bernaung di bawah syarikat MW Entertainment Sdn Bhd milik penyanyi, Mawi.

"Kami suka bekerja dengan orang yang menghargai seni, jadi sebab itu kami menerima tawaran Mawi," ujar Jep sewaktu sidang media "Sepahtu Bikin Album"di Restoran Dapur Penyet, Maju Junction Mall, baru-baru ini.

Ketika ditanya tentang pemilihan nama 'Sepahtu' pula, Jep berkata mereka memilih nama baru ini memandangkan nama 'Sepah' digunakan untuk mereka bertiga dan tidak adil sekiranya mereka berdua terus berkarya menggunakan nama tersebut.

"'Sepahtu' bunyinya seperti sepatu atau kasut yang mana saling bergerak bersama. Satu di kiri satu di kanan, jadi ianya signifikan dengan langkah terbaru kami ini, bergerak sepasang," jelas Jep lagi.

Jep juga menyatakan, meskipun telah berpecah, namun hubungan antara mereka bertiga masih baik malah langsung tidak bermusuhan antara satu sama lain. Mereka juga akan bekerjasama sekali lagi melaksanakan projek terakhir Sepah iaitu filem "Sepah The Movie" yang akan memulakan penggambaran pada 17 Oktober ini. Jelas Jep lagi, mereka telah menandatangani kontrak untuk filem tersebut dan tiada masalah untuk mereka berlakon bersama-sama.

"Hubungan kami sebagai kawan masih baik, tetapi bila sampai soal komitmen, kami tidak boleh bernegosiasi lagi dan terpaksa berpecah. Tiada kes siapa singkir siapa," kata Jep lagi.

Bercerita tentang album sulung mereka terbitan MW Entertainment dan Sheikh Qalam Records yang dijangka dirilis Disember tahun hadapan, album bergenre Pop dan Rock menyaksikan himpunan karya lagu nukilan komposer dan penulis lirik terkenal seperti M. Nasir, Azmerr, Sheikh Qalam, Mawi dan Sepahtu sendiri selain menampilkan kolaborasi Sepahtu bersama Mila dan Mawi.

1 comment: