Share It

Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Translate

Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NuffNang

Monday, April 9, 2012

Fizz Fairuz


Pelakon popular, Fizz Fairuz mengakui dirinya telah mendapatkan rawatan tradisional baru-baru ini bagi menyembuhkan sakit misteri yang dihidapinya hampir dua minggu. Fizz memberitahu, dia mulai mengalami gangguan kesihatan sebaik selesai penggambaran babak terakhir drama "Waris" di Ulu Langat pada 20 Mac lalu. "Saya menyangkakan ianya hanyalah demam biasa, jadi saya bertemu doktor untuk mendapatkan suntikan. Walaubagaimanapun, selepas dua minggu keadaan kesihatan saya masih tidak menentu dan saya akhirnya pergi mendapatkan rawatan alternatif, berubat secara tradisional. "Alhamdulillah, keadaan saya sekarang ini sudah boleh dikatakan seratu peratus pulih. Tapi buat masa ini saya masih lagi mengamalkan petua perubatan yang diberikan oleh pakcik yang merawat saya agar ianya tidak berulang lagi, " tambah Fizz yang dipetik dari laman Murai. Bercerita lagi mengenai penyakit misteri yang dihidapinya itu, Fizz memberitahu berlaku beberapa perkara pelik sepanjang tempoh dia menghidapi gangguan kesihatan tersebut. Gangguan tersebut bukan sahaja membuatkan staminanya terganggu, bahkan turut menjejaskan imejnya yang sebelum ini dikenali sebagai seorang aktor yang mudah mesra. "Bayangkan ketika menghadiri road tour ABPBH di Johor Bahru baru-baru ini, ramai yang cakap saya sombong, muka bengis, tak mahu senyum dan sebagainya walhal, saya telah berhabis senyum dan ramah dengan semua orang yang ada di situ." "Selain itu juga, saya mudah merasa mengantuk, badan terasa berat untuk bergerak dan tekak saya terasa seperti disekat. Tapi selepas berubat secara tradisional, saya diberitahu bahawa ada makhluk sebesar beruang sedang bertenggek di atas bahu saya," jelas pelakon 'Nur Kasih The Movie' ini. Fizz turut mengakui, dia sebolehnya tidak mahu percaya dengan perkara-perkara aneh sebegitu, walaubagaimanapun selepas insiden yang menimpanya ini, barulah dia percaya bahawa wujud perkara ganjil dalam kehidupan seharian. "Nasihat saya, jika kita masuk ke kawasan asing, hutan misalnya, kenalah jaga pertuturan dan kelakuan. Jangan cakap besar. Sebagai umat Islam sebaik-baiknya bacalah selawat sebelum memasuki tempat yang cukup asing kepada kita." ujar Fizz mengakhiri perbualan. source yahoo.com

Azza

Noor Azzarima Zawari dan suami, Azlan Zulaily baru saja ingin menikmati manisnya jadi pasangan suami isteri pada 1 April lalu. Sementelah ini adalah perkahwinan kedua Azza selepas lebih empat tahun menjanda. Perkahwinan mereka juga direstui dan dikongsi gembira obleh banyak pihak.  Malangnya, tak semua orang melihat sisi positif dalam perkahwinan mereka. Ada sahaja yang cuba mencari sisi negatif sehingga cara Azza berpakaian sewaktu majlis akad nikah yang berlangsung di dalam masjid di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur itu menjadi satu isu.  Benar, ia memang kurang sensitif apabila Azza hanya menggenakan selendang untuk menutup kepalanya, bukan bertudung.  Tapi agak kasar apabila si pencari salah mengatakan penyanyi dan pelakon itu sebagai seorang yang jahil agama!  Sedih dengan tohmahan jahil agama yang dilemparkan kepadanya, Azza bagaimanapun berterima kasih terhadap pihak yang sudi menegur kealpaannya. Dia juga mengaku khilaf itu datang daripada dirinya sendiri yang kurang teliti berpakaian dan berjanji untuk lebih berhati-hati dan sensitif selepas ini. "Sebenarnya kalau boleh saya tak suka nak beri sebarang komen kerana ia telah melibatkan maruah dua buah keluarga. Tapi saya juga faham ia telah menyentuh sensitivi agama. Jadi saya mohon maaf secara terbuka kerana kurang peka. Terima kasih kepada yang menegur dan saya lebih berhati-hati selepas ini," jelas Azza yang mengaku tidak mampu menyenangkan hati semua pihak. Sementara itu dia juga memberitahu sedang diulit bahagia sejak menjadi isteri kepada Azlan yang merupakan seorang pramugara di syarikat penerbangan tambang rendah, Air Asia. Mereka bagaimanapun tidak mempunyai perancangan untuk mempunyai cahaya mata tetapi jika Tuhan memberi rezeki tersebut (anak) mereka tidak menolaknya. source yahoo.com