Share It

Prepaid4u

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Program SMS Prepaid Terunggul Dari MYeCASH

Translate

Translate this page from Malaysian to the following language!

English French German Spain Italian Dutch

Russian Portuguese Japanese Korean Arabic Chinese Simplified

NuffNang

Sunday, January 29, 2012

Ana Raffali bakal berkahwin 25 Februari



29 Jan – Penyanyi Ana Raffali atau nama sebenarnya Nur Hidayah Mohd Raffali dilaporkan bakal bernikah dengan pengurus peribadinya, Naim Abdullah, yang dijadualkan pada 25 Februari akan datang.
Dipetik daripada mStar, majlis akad nikah itu dijangka berlangsung di Masjid Al-Hidayah, Taman Melawati kira-kira jam 10 pagi.
Walaubagaiamanapun penyanyi berusia 27 tahun enggan mengesahkan perkara tersebut sebaliknya memberitahu beliau akan mengadakan sidang media khas selepas selesai acara Anugerah Juara Lagu ke-26 (AJL26) yang akan berlangsung Ahad ini.
"Ada beberapa urusan berkaitan majlis ini yang belum diselesaikan. Sebab itu saya tidak mahu menghebohkannya terlebih dahulu. Biarlah semuanya selesai, barulah saya akan umumkan kepada semua," ujar Ana yang meminta semua pihak bersabar dan tidak salah faham dengan tindakannya itu.
Ana turut menyatakan rasa kecil hati dengan sesetengah pihak yang mendakwa beliau mahu menyembunyikan majlis pernikahannya daripada pengetahuan media dan umum sedangkan pihaknya sudah merancang untuk membuat pengumuman rasmi menerusi sidang media khas.
"Dakwaan itu tidak adil buat saya dan keluarga. Sudah pasti sebagai artis, saya ingin berkongsi berita baik apabila tiba waktunya."
Ana kini sedang sibuk dengan persiapan terakhir untuk lagu "Kalau Berpacaran" nyanyiannya bersama Sohaimi Mior Hassan dan Altimet yang akan bertanding di AJL26 malam Ahad ini.



source yahoo.com